Roh & Ramadhan

Posted by Lonesome Izz on 12:05 PM

 Izz teringat g masa kecik2x mak,makcik izz ckp bulan posa nnt arwah2x nenek ngan nyang ngan semua org akan dtg umah tengok kita kat uma...dengar je mcm 2 jd rasa takut..sbb terbayang di fikiran kita ialah hantu ...tapi sebenarnya....
Ramadhan

Luh Mahfuz akan dipenuhi dengan roh-roh yang memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh-roh yg di izinkn pulang akan kembali ke Luh Mahfuz semula setelah tiba Hari Raya Aidilfitri.

" Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada yang mendoakan mereka. "

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu mendoakan mereka n ingat akan mereka dlm setiap doa yg dipanjatkn pada Ilahi..

:::  Hikmah Wujudnya Alam Barzakh :::

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal.



Kongsikan lah dengan kawan kita untuk saling ingat mengingati bahawa org-org yg kita sayang
 Share |

::: Sudahkah anda membayar zakat fitrah??? :::