Tips Percintaan [2]
Kamu telah terpikat kepada seseorang. Si dia benar-benar menepati citarasa kamu. Kamu pandai berjenaka dan mempunyai rupa paras yang menarik. Kamu tahu si dia adalah pasangan paling ideal untuk mu.Suatu hari, teman baik kamu telah memberitahu si dia bahawa kamu amat meminatinya.Rupanya kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Bunga cinta pun berputik. Namun demikian, ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah bagaimana kamu dapat memastikan perhubungan istimewa dengan si dia kekal indah dan mesra?
Memang benar kata orang bahawa jatuh cinta itu amat mudah sekali.
Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh
mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi
perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan.
Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua
pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya
dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan.
Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh
mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi
perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan.
Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua
pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya
dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan.
Berikut adalah antara beberapa tips positif yang boleh kamu pratikkan
agar percintaan kamu lebih indah dan menyeronokkan:
Jangan prasangka!
Jika si dia berada dalam keadaan marah, ini tidak bermakna si dia
memarahi kamu. Dan, hanya kerana si dia tidak mengatakan "aku cinta
padamu..." seratus kali dalam sehari, tidak bermakna si dia tidak
mencintai mu.
Mungkin si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan kasih
sayangnya padamu. Kadang kala cinta itu tidak perlu di luahkan
melalui perkataan, perbuatan sudah cukup memadai untuk menerangkan
betapa si dia mencintai kamu.
Mempunyai kehidupan
Walaupun kamu sudah mempunyai seorang teman istimewa, namun kamu juga
perlukan kehidupan kamu sendiri. Mungkin kamu berasa menghabiskan 24
jam sehari bersama si dia menyeronokkan tapi cuba kamu fikir kembali
sewaktu kamu masih solo. Kamu sering melakukan perkara-perkara yang
kamu anggap menyeronokkan kamu tapi setelah kamu sudah berpunya, kamu
tidak lagi melakukannya. Bercinta tidak semestinya kamu meninggalkan
semua aktiviti yang menyeronokkan kamu dan kamu juga perlu ingat
cinta tidak boleh mengenyangkan perut kamu!
Biarkan dia dan cara hidupnya
lngat, biarkan si dia lakukan apa yang dia suka. Jangan cuba
mengongkongnya. Jika kamu cuba menjadi 'pengawal', kamu hanya
mengundang masalah!
Cuba bersikap bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Contohnya,
jika si dia pergi ke satu konvoi motosikal tanpa mengajak kamu. Tentu
kamu berkecil hati tapi jangan salahkan si dia kerana mungkin si dia
berpendapat yang kamu pun kurang suka pergi ke acara seperti itu.
Begitu juga jika kamu pergi ke Lot 10 bersama teman-teman mu untuk
membeli kasut. Dan, pada mu, si dia tentu tidak suka menghabiskan
masa bersama perempuan di gedung membeli belah. Jadi buat apa ajak si
dia. Tentu perasaan kamu dan si dia sebelum ini adalah sama. Yang
penting ialah bertolak ansur antara satu sama lain. Jangan hanya
disebabkan perkara remeh temeh, kamu marah padanya.
Jangan bandingkan dia dengan orang lain
Secara peribadi, setiap pasangan mahukan satu perhubungan yang
harmoni dan sentiasa berfikiran terbuka di antara satu sama lain.
Jangan membandingkan si dia dengan bekas teman lelakimu atau teman
lelaki orang lain. Kamu terpaksa menerima apa jua keadaan terhadap
teman lelakimu seadanya.
Setiap lelaki tidak suka dia dibanding-bandingkan dengan orang lain.
Cuba kamu fikirkan jika ia berlaku ke atas diri kamu? Teman lelakimu
suka membanding-bandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya atau
wanita-wanita yang lain. Apa perasaanmu pada ketika itu? Tentu kamu
tidak menyenangi perbuatan teman lelakimu itu bukan? Jadi untuk
menjamin perhubungan yang kekal dan harmoni jangan cuba membandingkan
si dia dengan orang lain.
Kaji diri kamu
Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu. Jangan paksa diri kamu
menvukai apa yang disukai oleh si dia suka hanya kerana kamu mahu
mengambil hatinya. Contohnya, si dia menyukai permainan bola
keranjang, kamu tidak perlu memakai kemeja T yang mempunyai gambar
Michael Jordan semata-mata ingin menunjukkan kepada si dia bahawa
kamu jua suka akan permainan bola keranjang.
Jangan cepat terpengaruh dengan kehendak pasangan mu. Mungkin si dia
tidak bermaksud sedemikian, tetapi di atas rasa hati kamu yang keras
mahukan si dia bangga terhadap diri kamu. Bahaya!
Jika kamu berbuat demikian, ia bermakna kamu menipu diri sendiri dan
tidak jujur di dalam perhubungan. Setiap perhubungan memerlukan
kejujuran. Apa pendapat pasangan mu itu jika si dia mengetahui bahawa
selama ini kamu hanya berpura-pura menyukai apa yang si dia suka.
Tentu hati si dia tersinggung di atas sikap kamu yang tidak jujur
dalam perhubungan. la bukan sahaja menyusah" kan kamu, malah
kemungkinan kamu dan si dia tidak dapat menikmati erti percintaan
yang sebenar.
Jangan cuba ubah si dia
Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah dan mengikut
citarasanya? Begitu juga si dia, jangan sekali-kali kamu cuba
mengubah kehendaknya agar sama dengan kehendakmu. Biarkan dia dengan
caranya dan kamu dengan caramu. Cuba bersikap jujur dalam
perhubungan. Contohnya, jika pasangan mu itu suka mendengar muzik
rap, tetapi kamu tidak suka akan muzik tersebut. Oleh itu, jangan
kamu cuba melarang si dia mendengar muzik rap. lni kerana masing-
masing ada hak
dan minatnya tersendiri. Mungkin si dia menyukai muzik rap sebelum si
dia mengenali kamu. la sudah sebati dengan hidupnya, masakan kamu
dapat mengubahnya.
Berpijak di bumi yang nyata
Janganlah mudah kamu terperanjat dan melatah apabila kamu dapati
teman istimewa itu ada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk
akal dan 'gila'. la bukan bermaksud si dia tidak berfikiran waras.
Ada kalanya manusia mudah terlupa. Kamu harus memahaminya. Contohnya,
kamu mendapat tahu teman istimewa mu akan menyertai satu pertandingan
badminton di hujung bulan dan kamu pun beriya-iya sanggup berjalan
jauh semata-mata mahu memberi sokongan padanya. Tetapi hampanya,
apabila kamu tiba ke Kuala Lumpur dan dapati pertandingan itu sudah
dibatalkan. Rupa-rupanya si dia terlupa untuk memberitahu kamu. Namun
demikian, kamu tidak perlu mengamuk hanya disebabkan perkara ini.
Cubalah bersikap tenang dan memahami keadaan sebenar si dia menggapa
dia boleh terlupa.
Luahkan pendapatmu
Masalah komunikasi adalah masalah besar yang sering melanda setiap
perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan tidak akan ke
mana. Jadi setiap pasangan itu haruslah bersikap terbuka dan jangan
memendam perasaan iri hati dan dengki.
Contohnya, jika kamu tidak suka si dia melakukan perkara yang kamu
tidak suka, cuba berbincang dengannya. Jangan pula kamu memendam rasa
benci hanya kerana mementingkan diri sendiri.
Bagaimana pun, jangan sesekali kamu berkomunikasi secara negatif
dengannya. Contohnya, jangan kamu gunakan perkataan-perkataan yang
keterlaluan terhadap pasangan mu.
Share |



0 Responses to "Tips Percintaan [2]"
Post a Comment