" awak , kita ...selamanya "

Posted by Lonesome Izz on 4:57 AM



" Awak..
Dulu kita kawan..
Kongsi suka duka bersama..
Awak ketawa saya ikut serta..
Awak menangis saya terluka..
Bahagianya masa tu..

Awak..
Dulu kita teman..
Kemana sahaja pasti berdua..
Makan minum semua terjaga..
Sampai timbul pelbagai cerita..
Kononnya kita bercinta..
Indahnya kurasa..

Tapi tu hanya sementara..
Sebab bahagia tu tak selamanya milik kita..
Masa tu kita dah tak bersama..
Saling menjauh namun tidak bermusuh..
Awak bertanya..kenapa mengapa..
Saya diam seribu bahasa..
Cuba menutup rahsia..
Sakitnya hati terpaksa berdusta..
Konon ada yang tidak suka dengan cara kita..

Awak..
Semua tu hanya sandiwara..
Saya terpaksa berpura-pura..
Bila hati mula merasakan cinta..
Cinta pandang pertama..

Awak..
Saya takut untuk luahkan..
Saya risau tentang penerimaan..
Saya khuatir akan wujud kebencian..
Saya keliru dengan perasaan..
Saya perlukan ketenangan..
Mencari kekuatan untuk berdepan..

Awak..
Kini saya dah dapat jawapan..
Semua tu bukan kesilapan..
Benar memang tersimpan satu perasaan..
Hanya awak dalam ingatan..
Kawan mahupun teman..
Nantikan pengakuan..
Akanku katakan..
Saya menyintai awak tanpa keraguan..
Saya menyayangi awak dengan kerelaan..

Awak..
Andai di hati tiada persamaan..
Kita akan tetap berkawan..
Tu janji dalam persahabatan..
Yang pernah kita ikrarkan..
Andai ianya bertentangan..
Doaku biarlah berpanjangan..
InsyaAllah.."

:: TiAdA kAiTaN AnTaRa yAnG aDa AtAu YaNg TeLaH tIaDa ::
Masa 9:38 PM
Mode: Miss sum1 + waiting + amik mood nak study (n_n)
Contengan Hak Milik Kekal_ Izz

Share |